Pages

Monday, December 24, 2012

Lusa iaitu pada hari rabu bersamaan 26/12/2012, semua pelajar DPLI-JAIS akan menghadapi peperiksaan. sehubungan dengan itu saya terpanggil untuk berkongsi tentang coretan di bawah ini. Kita seringkali menyebut tentang usaha atau pun ikhtiar yang mana ia agak sinonim dengan perkataan 'TAWAKAL'. Samada kita perasan atau tidak, kita selalu menyebut "aku dah berusaha dah tapi x dapat jugak apa yang aku nak", "Macam2 dah aku buat, tapi x berjaya pun". Pastikah kita bahawa kita telah benar2 berusaha? Betulkah cara kita berusaha?
marilah kita muhasabah diri sebelum menduduki peperiksaan yang akan menjelang tiba. Usaha dan Ikhtiar juga amatlah perlu diaplikasikan dalam kehidupan kita sepanjang masa.

Terdapat beberapa elemen yang berkaitan dengan usaha yang perlu kita fahami dan ketahui:-
1. Perkara yang dinilai oleh Allah SWT adalah usaha, bukannya hasil. Semakin tinggi dan ikhlas usaha seseorang itu, maka semakin dekat dengan keberkatan dan kejayaan daripada Allah SWT. Seseorang yang berusaha bersungguh-sungguh akan membentuk komitmen yang tinggi, mengamalkan secara berterusan dan mampu bertahan dalam pelbagai cabaran dan situasi.

2. Usaha pemerkasaan nasib umat adalah satu tuntutan. Tahap kejayan pemerkasaan bergantung pada tahap usaha yang digembleng untuk mencapainya. Firman Allah SWT:
"Sesungguhnya Allah SWT tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri." 
(Surah Ar-Ra'd; 13: 11)

3. Perancangan yang baik selalunya gagal tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Merangka perancangan mungkin dianggap mudah tetapi usaha untuk merealisasikan perancangan adalah satu perkara yang lebih susah. Kebiasaannya, masalah yang selalu dihadapi adalah usaha yang tidak bersungguh-sungguh untuk menjayakan perancangan, konflik tanggungjawab dan usaha yang tidak sampai ke penghujung.

4. Berdasarkan pemerhatian, kebanyakan individu yang berjaya biasanya bermula daripada situasi hidup yang miskin dan susah. Usaha untuk keluar daripada situasi kesusahan dan membina kehidupan yang lebih cemerlang dikerah yang akhirnya membuahkan kejayaan. Dalam pemerhatian ini situasi dan azam menjadi momentum pada usaha yang gigih.

5. Pada asasnya, terdapat lima perkara yang mencetuskan usaha:-
a) Keinsafan dan kesedaran
b) Tekanan yang dihadapi
c) Matlamat yang jelas
d) Keperluan dan kehendak yang mendesak
e) Dorongan yang diterima

SEMOGA KITA SEMUA BERJAYA DALAM KEHIDUPAN DUNIA MAHUPUN AKHIRAT

No comments:

Post a Comment