Pages

Thursday, December 6, 2012

ADAB MENZIARAHI KUBUR


setiap yang bernyawa itu pasti akan mati

  1. Sebaik-baik sahaja sampai di tanah perkuburan, sunat memberi salam secara umum kepada ahli kubur. 
  2. Setelah sampai dekat kubur kaum kerabat atau kenalan, hendaklah berdiri rapat di tepi kubur dengan mengadap muka si mati sampai memberi salam secara khusus kepadanya contohnya "assalamualaikum wahai ayahku".
  3. Hendaklah bersih dari hadas (berwudhuk)
  4. Menurut hadis apabila seseorang lalu di hadapan kubur seorang Islam yang ia kenal di dunia dahulu lalu ia memberi salam kepadanya maka si mati bukan sahaja akan menjawab salam tetapi mengenali orang yang memberi salam kepadanya. Bahkan ia akan bergembira jika salam itu disertakan doa untuknya. 
  5. Selepas memberi salam, sunat membaca Quran dan menghadiahkan pahalanya kepada si mati. 
  6. Selepas membaca Quran hendaklah menghadap kiblat dan berdoa untuk si mati semoga Allah mengampuni dosanya dan melimpahkan rahmat kepadanya kerana doa yang didahului bacaan Quran lebih diharap makbulnya. 





Larangan:*** 
  1.  Makruh menghiasi kubur dengan disapu kapur. 
  2.  Makruh mendirikan bangunan di atasnya, di tepinya atau mendirikan pakar atau tembok di kelilingnya, jika tanah   itu bukan tanah wakaf dan bukan tanah masbalah (kubur lama). 
  3.  Jika tanah itu tanah wakaf atau tanah masbalah maka hukum mendirikan bangunan atau pagar adalah haram kerana mengambil kawasan yang luas lebih dari sepatutnya dan membolotnya selama-lamanya sedang tanah itu untuk orang ramai. 
  4. Pihak berkuasa Islam berkewajipan meruntuhkan bangunan yang seperti itu. 
  5. Dilarang meninggikan kubur lebih dari sejengkal. 
  6. Makruh menulis ayat Al Quran atau lainnya pada batu nisan atau binaan kubur tetapi jika sekadar menulis nama si mati lebih-lebih lagi jika ia seorang alim atau seorang yang salih supaya kuburnya mudah dikenal dan diziarahi maka itu tidak dilarang malah amatlah baiknya. 
  7. Dilarang duduk di atas kubur atau memijaknya semasa berjalan di tanah perkuburan, bertelaku atau bersandar kepadanya (makruh). Jika terpaksa memijak kubur kerana tidak ada jalan lain yang boleh sampai ke kubur yang dituju atau kerana menggali kubur yang baru, maka tidaklah makruh. 
  8. Dilarang memasang lampu di atas kubur malah tidak sah jika diwakafkan atau dinazarkan. 




http://mkgraja.com/modules/content/index.php?id=31


No comments:

Post a Comment