Pages

Thursday, January 10, 2013

ISTIQAMAH


Istiqamah? hurrmm.. Macam pernah kita dengar kan? Tapi apa ye? Jom kita baca di bawah ini..

Istiqamah bererti berpendirian teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada akidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau dalam apa-apa keadaan sekalipun.
Daripada pengertian ini dapat dirumuskan unsur-unsur utama istiqamah:
  1. Berpegang pada akidah yang benar, aqidah ahli As-sunnah Waljamaah.
  2. Melaksanakan tuntutan Syariat Islam berpandukan Al-Quran dan hadis Rasullallah Sallallahu Alaihi Wassalam.
  3. Mempunyai prinsip dan keyakinan yang tidak akan berubah atau goyah.
  4. Tidak terpengaruh dengan dakyah dan godaan hawa nafsu dan syaitan.
  5. Tidak tunduk pada tekanan demi melaksanakan tanggungjawab dan mempertahankan kebenaran.
Okey, sekarang semua dah tahu kan pengertian Istiqamah? Agak2 kita pernah beristiqamah x? ;)
Buat apa kita nak istiqamah ni? haaa.. mesti la ada sebab nya.. Sebab nya kerana :

Istiqamah menjadi tuntutan agama.
Sifat yang mulia ini menjadi tuntutan Islam seperti yang diperintahkan oleh Allah Taala dan Rasulnya .
(Surah Fusilat Ayat ' 6)
Ertinya:  Katakanlah ( Wahai Muhammad ):  "Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepada Aku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang satu; maka hendaklah kamu teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredhaanya)......
(Rawahul Muslim)
Ertinya:  Katakanlah:  Saya beriman dengan Allah kemudian teguhkan pendirian kamu.

Contoh Istiqamah

  1. Istiqamah dalam Iman dan melaksanakan tuntutan Iman.
  2. Istiqamah dalam solat dan Ibadah-ibadah khusus yang lain.
  3. Istiqamah dalam menegakkan kebenaran dan keadilan serta menentang kebatilan dan kezaliman.
Istiqamah dalam ibadah umum seperti belajar, berniaga dan membuat kerja-kerja yang diizinkan oleh syaraq.
Dengan matlamat untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat serta di redhai Allah Taala.

Tahap-tahap Istiqamah

Ada tiga tahap Istiqamah yang perlu berlaku serentak iaitu:

  1. Istiqamah hati:  sentiasa teguh dalam mempertahankan kesucian iman dengan cara menjaga kesucian hati daripada sifat syirik, menjauhi sifat-sifat cela seperti riak dan menyuburkan hati dengan sifat terpuji terutamanya ikhlas.  Dengan kata-kata lain Istiqamah hati bermaksud mempunyai keyakinan yang kukuh terhadap kebenaran.  Firman Allah Taala.
             (Surah Al-Furqan ' ayat 32 )
             Ertinya: Dan orang-orang yang kafir berkata : "Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali 
             ( dengan sekali gus ) ? diturunkan Al-Quran  dengan cara yang demikian kerana hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad)    
             dengannya, dan kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu.
  1. Istiqamah lisan:  memelihara lisan atau tutur kata daripada kata-kata supaya sentiasa berkata benar dan jujur, setepat kata hati yang berpegang pada prinsip kebenaran dan jujur, tidak berpura-pura, tidak bermuka-muka dan tidak berdolak dalik.
            Istiqamah lisan terdapat pada orang yang beriman, berani menyatakan dan mempertahankan kebenaran dan hanya takut kepada   
            Allah Taala.  Firman Allah Taala:

            (Surah Ibrahim ' Ayat 27)
            Ertinya: ....Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan di dunia  
            dan di akhirat.
  1. Istiqamah perubatan:  Tekun berkerja atau melakukan amalan atau melakukan apa saja usaha untuk mencapai kejayaan yang di redhai Allah. Dengan kata-kata lain istikamah perbuatan merupakan sikap dedikasi dalam melakukan sesuatu pekerjaan, perusahaan atau perjuangan menegakkan kebenaran, tanpa rasa kecewa, lemah semangat atau putus asa.  Sikap ini menjadi begitu rupa kerana dorongan hati yang istiqamah.

Membentuk Sikap Istiqamah

Sikap Istiqamah dapat di bentuk dengan menanamkan unsur-unsur yang berikut ke dalam diri:
1.Matlamat yang unggul  iaitu berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.
2.Semangat dan daya juang yang tinggi serta tidak mudah mengalah atau berputus asa.
3.Prinsip yang benar berasaskan Al-Quran dan hadis Rasullallahi Sallallahu Alaihi Wassalam. 
4.Ilmu dan maklumat yang cukup.
5.Strategi yang kemas dalam perjuangan.
6.Usaha yang berterusan.
7.Yakin kepada takdir dan janji Allah Taala.
8.Berdoa dan bertawakal.
9.Bersyukur dan redha.


Sunday, December 30, 2012

Darah Istihadhah?


Darah Istihadhah? Saya pasti ramai lagi yang belum tahu apa itu darah Istihadhah. Samada lelaki atau perempuan,semua perlu tahu tentang darah ini. Kenapa lelaki perlu tahu? Sebab nya anda adalah suami kepada isteri. Isteri itu lelaki atau perempuan? Mestilah perempuan kan? Haaa.. jadi anda perlu ada pengetahuan ini untuk menjadi suami soleh yang ada ilmu agama.
Hukum darah ini tidak boleh dianggap mudah kerana ia melibatkan ibadah wajib seseorang. Jadi mari kita lihat perkongsian ilmu yang saya dapat di bawah ini.
Pada umumnya, darah yang keluar dari rahim wanita dianggap darah haid kerana lazimnya mengalir mengikut putaran bulanan. Namun selain itu terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan darah itu keluar tidak mengikut putarannya, maka ia dianggap darah istihadah.
Apakah itu darah istihadah? Istihadah ialah darah yang keluar bukan pada waktu haid dan juga bukan dalam tempoh nifas. Menurut Syeikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimin, istihadah ialah darah yang keluar terus-menerus pada seorang wanita tanpa henti sama sekali atau berhenti sebentar dalam sebulan.
Daripada takrif yang dikemukakan di atas, terdapat dua keadaan istihadah iaitu:
Keadaan pertama: darah yang keluar tanpa henti-henti.
Keadaan kedua: darah tidak keluar berterusan, sebaliknya berhenti seketika dan keluar semula.
Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah r.ha. bahawa Fatimah binti Abu Hubaisy berkata kepada Rasulullah s.a.w: “Ya Rasulullah, sungguh aku ini tak pernah suci, apakah aku perlu meninggalkan solat?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Tidak, itu adalah darah penyakit. Namun tinggalkan solat sebanyak hari yang biasanya kamu haid sebelum itu, kemudian mandilah dan lakukan solat.” (Riwayat al-Bukhari)
Manakala riwayat daripada Hamnah binti Jahsy, ketika datang kepada Rasulullah s.a.w., dia berkata: “Ya Rasulullah, sungguh aku sedang mengalami istihadah yang deras sekali.” (Riwayat al-Bukhari, Ahmad, Abu Daud dan al-Tirmizi)
Bagaimana Mengenali Istihadah
Masih ramai wanita terutamanya remaja yang masih keliru dalam membezakan antara darah haid dengan istihadah. Jadi, bagaimana hendak membezakan antara kedua-dua jenis darah ini? Berikut adalah empat keadaan istihadah:
1. Darah yang keluar kurang daripada had masa minimum haid iaitu sehari semalam.
2. Darah yang keluar melebihi had masa maksimum haid iaitu 15 hari.
3. Keluar darah sebelum umur minimum haid iaitu sebelum berumur 9 tahun.
4. Darah yang keluar lebih daripada tempoh maksimum nifas iaitu 60 hari.

Keadaan Wanita Mustahadah
Dr. Abdul Karim Zaidan membahagikan keadaan wanita mustahadah kepada empat seperti jadual di bawah (turut disertakan ialah cara-cara menentukan sama ada itu darah haid atau istihadah):

Keadaan
Haid
Kaedah Menentukan Sama Ada Darah yang Keluar Haid Atau Istihadah
Tamyiz (Membezakan)
Adat
Pertama
Dapat membezakan antara darah haid atau bukan.
Tidak ada kebiasaan tertentu bagi waktu haid.
Tamyiz iaitu dengan membezakan warna darah. Darah yang berwarna gelap, pekat dan berbau dianggap darah haid. Sebaliknya darah yang berwarna kekuningan, cair dan tidak berbau dianggap istihadah.
Kedua
Tidak dapat membezakan antara darah haid atau bukan.
Mempunyai kebiasaan waktu tertentu bagi haid.
Mengikut jumhur fuqaha, waktu istihadah dikira menggunakan kaedah adat. Sekiranya kebiasaan haidnya ialah 7 hari, maka hari ke-8 adalah istihadah.
Ketiga
Tidak dapat membezakan antara darah haid atau bukan.
Tidak ada kebiasaan tertentu bagi waktu haid.
Maka cara menentukannya ialah berdasarkan adat kebiasaan wanita lain. Menurut Syeikh Uthaimin, wanita tersebut boleh mengikut kebiasaan haid wanita yang mempunyai fizikal atau umur yang hampir sama dengannya, wanita yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang dekat atau lain-lain pertimbangan.
Keempat
Dapat membezakan antara darah haid atau bukan.
Mempunyai kebiasaan waktu tertentu bagi haid.
Mesti menggunakan kedua-dua kaedah iaitu tamyiz dan adat sekiranya darah yang memenuhi ciri-ciri darah haid keluar dalam tempoh biasa haid, sekiranya boleh diguna kedua-dua kaedah tersebut.
Namun sekiranya adat dan kebiasaan tidak selari, maka menurut mazhab Hanbali, ada 2 pendapat:
1. Tamyiz diutamakan.
2. Adat lebih diutamakan.

Hukum-hukum Istihadah
Memandangkan istihadah bukan darah haid dan dianggap darah penyakit, maka hukum istihadah tidak menyamai hukum haid. Wanita yang mengalami istihadah tidak perlu mandi wajib. Mandi hanya perlu setelah tamat tempoh haid.
Bagi wanita yang berada dalam keadaan istihadah juga, mereka tetap wajib menunaikan solat seperti biasa. Namun mereka perlu berwuduk bagi setiap kali solat yang hendak ditunaikan. Ini berdasarkan saranan Rasulullah s.a.w. dalam sabda Baginda yang bermaksud: “Kemudian berwuduklah kamu setiap kali hendak solat.”(Riwayat al-Bukhari)
Perlu diingat bahawa wanita mustahadah perlu berwuduk untuk satu solat, bukan satu wuduk untuk dua solat. Ini bermakna, wanita mustahadah tidak boleh “menyimpan” wuduk bagi solat Maghrib untuk digunakan dalam solat Isyak.
Selain itu, wanita mustahadah juga perlu membersihkan darah istihadah itu setiap kali sebelum berwuduk. Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Hamnah yang bermaksud: “Aku beritahukan kepadamu (agar menggunakan) kapas kerana kapas dapat menyerap darah.” Hamnah berkata: “Darahnya lebih banyak daripada itu.” Baginda bersabda lagi yang bermaksud: “Gunakan kain.” Jawab Hamnah: “Darahnya masih banyak.” Baginda berkata lagi yang bermaksud: “Maka pakailah penahan.” (Riwayat al-Tirmizi)
Dalam konteks zaman kini, penahan yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. itu ialah tuala wanita. Sekiranya telah dibersihkan darah istihadah dan ditukar dengan tuala wanita yang baru, darah tetap mengalir selepas berwuduk, maka wuduk tersebut tetap sah untuk satu solat.
Mungkin bagi wanita yang telah berumah tangga, mereka tertanya-tanya, apakah boleh mereka “bersama” suami? Menurut Syeikh al-Uthaimin, ulama berbeza pendapat dalam masalah ini. Sebahagian mereka berkata elok dielakkan selama mana tidak menyebabkan zina. Namun hakikatnya, tiada sebarang larangan pada zaman Rasulullah s.a.w. dan sahabat dalam hal ini. Jadi, berdasarkan hukum wanita mustahadah dibolehkan solat, maka Syeikh Uthaimin berpendapat bahawa mereka boleh bersama suami.

Rujukan:
Syeikh al-Uthaimin, fi al-Dima’ al-Tibbiyah li al-Nisa’.
Muhammad Athiyah Khumais, Fiqih Wanita.
Dr. Abdul Karim Zaidan, al-Mufassal di Ahkam al-Mar’ah.

Sumber: SOLUSI

Monday, December 24, 2012

Lusa iaitu pada hari rabu bersamaan 26/12/2012, semua pelajar DPLI-JAIS akan menghadapi peperiksaan. sehubungan dengan itu saya terpanggil untuk berkongsi tentang coretan di bawah ini. Kita seringkali menyebut tentang usaha atau pun ikhtiar yang mana ia agak sinonim dengan perkataan 'TAWAKAL'. Samada kita perasan atau tidak, kita selalu menyebut "aku dah berusaha dah tapi x dapat jugak apa yang aku nak", "Macam2 dah aku buat, tapi x berjaya pun". Pastikah kita bahawa kita telah benar2 berusaha? Betulkah cara kita berusaha?
marilah kita muhasabah diri sebelum menduduki peperiksaan yang akan menjelang tiba. Usaha dan Ikhtiar juga amatlah perlu diaplikasikan dalam kehidupan kita sepanjang masa.

Terdapat beberapa elemen yang berkaitan dengan usaha yang perlu kita fahami dan ketahui:-
1. Perkara yang dinilai oleh Allah SWT adalah usaha, bukannya hasil. Semakin tinggi dan ikhlas usaha seseorang itu, maka semakin dekat dengan keberkatan dan kejayaan daripada Allah SWT. Seseorang yang berusaha bersungguh-sungguh akan membentuk komitmen yang tinggi, mengamalkan secara berterusan dan mampu bertahan dalam pelbagai cabaran dan situasi.

2. Usaha pemerkasaan nasib umat adalah satu tuntutan. Tahap kejayan pemerkasaan bergantung pada tahap usaha yang digembleng untuk mencapainya. Firman Allah SWT:
"Sesungguhnya Allah SWT tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri." 
(Surah Ar-Ra'd; 13: 11)

3. Perancangan yang baik selalunya gagal tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Merangka perancangan mungkin dianggap mudah tetapi usaha untuk merealisasikan perancangan adalah satu perkara yang lebih susah. Kebiasaannya, masalah yang selalu dihadapi adalah usaha yang tidak bersungguh-sungguh untuk menjayakan perancangan, konflik tanggungjawab dan usaha yang tidak sampai ke penghujung.

4. Berdasarkan pemerhatian, kebanyakan individu yang berjaya biasanya bermula daripada situasi hidup yang miskin dan susah. Usaha untuk keluar daripada situasi kesusahan dan membina kehidupan yang lebih cemerlang dikerah yang akhirnya membuahkan kejayaan. Dalam pemerhatian ini situasi dan azam menjadi momentum pada usaha yang gigih.

5. Pada asasnya, terdapat lima perkara yang mencetuskan usaha:-
a) Keinsafan dan kesedaran
b) Tekanan yang dihadapi
c) Matlamat yang jelas
d) Keperluan dan kehendak yang mendesak
e) Dorongan yang diterima

SEMOGA KITA SEMUA BERJAYA DALAM KEHIDUPAN DUNIA MAHUPUN AKHIRAT

Sunday, December 9, 2012

JENIS-JENIS SOLAT SUNAT


Terdapat berbagai jenis solat sunat yang boleh diamalkan, antaranya;

Dua Kategori Solat Sunat
Kesemua solat sunat terbahagi kepada 2 jenis iaitu;
  1. Solat-solat sunat Mu’akkad (dituntut atau digalakkan)
  2. Solat-solat sunat Ghair Mu’akkad. (tidak dituntut).

Dua Bahagian Solat Sunat
  1. Solat-solat sunat Rawatib (solat sunat mengiringi solat fardhu sama ada Qabliyyah atau Ba’diyyah).
  2. Solat-solat sunat selain dari Rawatib.

Solat Sunat Afdal Di Rumah
Sabda Rasulullah SAW: “Sebaik-baik solat ialah solat seorang lelaki di rumahnya kecuali yang fardu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Rasulullah SAW bersabda lagi: “Solat yang dikerjakan oleh seorang lelaki di rumahnya merupakan cahaya. Maka sesiapa yang mengkehendakinya, ia dapat menyinari rumahnya sehingga bercahaya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Solat Sunat Yang Afdal Berjama’ah
Misalnya solat sunat 2 Hari Raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha), solat Tarawih dan solatGerhana Bulan dan Matahari.

Waktu Yang Di Larang Solat
  1. Selepas solat fardhu Subuh hingga terbit matahari.
  2. Mulai terbit matahari hingga matahari naik kadar segalah atau 7 hasta.
  3. Waktu Istiwa’ (rembang) iaitu matahari tepat di atas kepala sehingga gelincir matahari kecuali pada hari Juma’at.
  4. Selepas solat fardhu Asar hingga terbenam matahari.
  5. Waktu cahaya matahari kekuningan di ufuk (syafa’ merah) hingga ia terbenam.

Kelebihan Dan Fadilat Solat Sunat
Menurut hadis-hadis Rasulullah SAW,  setengah-setengah solat sunat itu mempunyai keistimewaan yang tersendiri, bukan sahaja dari segi ganjarannya tetapi juga fadhilat, hikmah dan faedahnya.
  • Misalnya orang yang mengamalkan solat Tahajjud ditengah malam, ia bakal dikurniakan ketetapan iman, dimurahkan rezeki, di samping dipercayai dan dihormati oleh orang ramai serta doanya dimakbulkan Allah SWT.
  • Begitu juga mereka yang mengamalkan solat sunat Dhuha, rezekinya tidak putus dan dimudahkan segala urusannya.
  • Orang yang mengerjakan solat Tarawih di Bulan Ramadhan pula diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.
  • Orang yang mengamalkan solat sunat Isyraq pula dikurniakan pahala seperti pahala Haji dan Umrah. Dan bergitulah pada solat-solat lain, ada keistimewaan yang tersendiri.

Hikmah Solat Sunat
  • Mendekatkan diri kepada Allah.
  • Dapat membentuk peribadi yang mulia.
  • Dapat membentuk akhlak diri yang terpuji.
  • Menampung kekurangan dalam solat fardu.
  • Memperolehi ketenangan diri dan perasaan.
  • Menjadikan diri sebagai mukmin yang sejati.
  • Menghindarkan diri daripada segala larangan Allah.
  • Menjadikan mukmin sentiasa mengingati Allah SWT.
  • Sentiasa mendapat rahmat dan petunjuk daripada Allah.
  • Mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan pada Allah.
  • Mencegah diri daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar.
  • Mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan kesejahteraan akhirat.
http://shafiqolbu.wordpress.com

marilah tunaikan solat





PENGERTIAN SOLAT
Bahasa : Doa
Istilah : Ucapan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam dengan syarat-syarat tertentu.
HUKUM : WAJIB dan FARDHU AIN kepada setiap individu yang mukallaf.

WAKTU SOLAT
Allah mewajibkan setiap umat Islam menunaikan solat fardhu lima kali sehari dalam waktu yang telah ditetapkan. Ini berdasarkan f iman Allah SWT :
"Sesunguhnya solat itu adalah satu ketetapan ke atas orang yang beriman yang tertentu waktunya "
ayat 103 : Surah An-Nisa'
 SolatWaktu MasukWaktu Akhir 
 Zuhur
Gelincir matahari ke arah barat iaitu apabila sesuatu benda mempunyai bayang di sebelah timur
Apabila bayang sesuatu benda lebih sedikit daripadanya
 
 
 AsarApabila bayang sesuatu benda lebih sedikit daripadanyaTerbenamnya seluruh bulatan matahari 
 MaghribTerbenamnya seluruh bulatan matahariHilang cahaya merah di kaki langit
 
 
 IsyaHilang cahaya merah di kaki langitTerbit fajar sadiq 
 SubuhTerbit fajar sadiqTerbit matahari 

RUKUN SOLAT
 1. Takbiratul Ihram‏‏2. Niat
3. Berdiri betul
4. Membaca al-Fatihah
5. Rukuk
6. Iktidal
7. Sujud
8. Duduk di antara 2 sujud
9. Duduk Tahiyat Akhir
10. Membaca Tahiyat Akhir