Pages

Sunday, December 9, 2012

JENIS-JENIS SOLAT SUNAT


Terdapat berbagai jenis solat sunat yang boleh diamalkan, antaranya;

Dua Kategori Solat Sunat
Kesemua solat sunat terbahagi kepada 2 jenis iaitu;
  1. Solat-solat sunat Mu’akkad (dituntut atau digalakkan)
  2. Solat-solat sunat Ghair Mu’akkad. (tidak dituntut).

Dua Bahagian Solat Sunat
  1. Solat-solat sunat Rawatib (solat sunat mengiringi solat fardhu sama ada Qabliyyah atau Ba’diyyah).
  2. Solat-solat sunat selain dari Rawatib.

Solat Sunat Afdal Di Rumah
Sabda Rasulullah SAW: “Sebaik-baik solat ialah solat seorang lelaki di rumahnya kecuali yang fardu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Rasulullah SAW bersabda lagi: “Solat yang dikerjakan oleh seorang lelaki di rumahnya merupakan cahaya. Maka sesiapa yang mengkehendakinya, ia dapat menyinari rumahnya sehingga bercahaya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Solat Sunat Yang Afdal Berjama’ah
Misalnya solat sunat 2 Hari Raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha), solat Tarawih dan solatGerhana Bulan dan Matahari.

Waktu Yang Di Larang Solat
  1. Selepas solat fardhu Subuh hingga terbit matahari.
  2. Mulai terbit matahari hingga matahari naik kadar segalah atau 7 hasta.
  3. Waktu Istiwa’ (rembang) iaitu matahari tepat di atas kepala sehingga gelincir matahari kecuali pada hari Juma’at.
  4. Selepas solat fardhu Asar hingga terbenam matahari.
  5. Waktu cahaya matahari kekuningan di ufuk (syafa’ merah) hingga ia terbenam.

Kelebihan Dan Fadilat Solat Sunat
Menurut hadis-hadis Rasulullah SAW,  setengah-setengah solat sunat itu mempunyai keistimewaan yang tersendiri, bukan sahaja dari segi ganjarannya tetapi juga fadhilat, hikmah dan faedahnya.
  • Misalnya orang yang mengamalkan solat Tahajjud ditengah malam, ia bakal dikurniakan ketetapan iman, dimurahkan rezeki, di samping dipercayai dan dihormati oleh orang ramai serta doanya dimakbulkan Allah SWT.
  • Begitu juga mereka yang mengamalkan solat sunat Dhuha, rezekinya tidak putus dan dimudahkan segala urusannya.
  • Orang yang mengerjakan solat Tarawih di Bulan Ramadhan pula diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.
  • Orang yang mengamalkan solat sunat Isyraq pula dikurniakan pahala seperti pahala Haji dan Umrah. Dan bergitulah pada solat-solat lain, ada keistimewaan yang tersendiri.

Hikmah Solat Sunat
  • Mendekatkan diri kepada Allah.
  • Dapat membentuk peribadi yang mulia.
  • Dapat membentuk akhlak diri yang terpuji.
  • Menampung kekurangan dalam solat fardu.
  • Memperolehi ketenangan diri dan perasaan.
  • Menjadikan diri sebagai mukmin yang sejati.
  • Menghindarkan diri daripada segala larangan Allah.
  • Menjadikan mukmin sentiasa mengingati Allah SWT.
  • Sentiasa mendapat rahmat dan petunjuk daripada Allah.
  • Mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan pada Allah.
  • Mencegah diri daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar.
  • Mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan kesejahteraan akhirat.
http://shafiqolbu.wordpress.com

No comments:

Post a Comment